MENU

-HEBAHAN-

PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JEMPOL 2030 (PENGUBAHAN 1).

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2030 (Pengubahan 1) akan diadakan selama 4 minggu (17hb Februari 2025 hingga 17hb Mac 2025) bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap pengubahan sebahagian Zon Guna Tanah di Daerah Jempol.

Pengubahan kepada Rancangan Tempatan ini meliputi pindaan sebahagian zon guna tanah bagi Syit Piawai bernombor 29-A, 29-B & 29-D, 39-B & 39-D I, 40-C, 40-D, dan 50-C & 50-D. Bantahan dan representasi berkenaan dengan Rancangan Tempatan tersebut boleh dikemukakan dengan menggunakan borang maklum balas yang disediakan, surat ataupun memorandum sebelum atau pada 17 Mac 2025 kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Jempol,
72120, Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Email : mpjempol@mpjl.gov.my
Laman web : mpjl.gov.my
Tel. : 06 4581233 / 06 4583192
Faks : 06 4585800

PERANAN ANDA
* Hadir ke pameran Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2030 (Pengubahan 1) di tiga (3) lokasi yang tertera di Poster.
* Anda boleh memeriksa Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2030 (Pengubahan 1) sepanjang tempoh publisiti diadakan.

#MPJempol
#mpjl
#JempolMajuIndahdanBeradat
#MalaysiaMadani