MENU

Cara Pembayaran Parkir Pintar Jempol

Bayaran parkir boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah berikut:

 

1.Aplikasi JomParking

  1. Agen kupon digital GoPayy

 

Nota: Penggunaan kupon fizikal masih diterima buat masa ini.

 

Ciri-Ciri Utama Aplikasi JomParking

  • Pembayaran Parkir Mudah & Pantas

Tidak perlu lagi mencari syiling atau membeli kupon fizikal. Bayar terus melalui aplikasi atau dapatkan kupon digital daripada ejen.

  • Bayar Kompaun Secara Terus

Selesaikan bayaran kompaun parkir secara langsung dalam aplikasi dengan mudah dan transaksi direkodkan.

  • Langganan Pas Bulanan

Pengguna tetap boleh melanggan pas bulanan terus di aplikasi tanpa perlu hadir ke pejabat.

  • Pelanjutan Masa Parkir Jarak Jauh

Melanjutkan masa parkir menerusi aplikasi dengan mudah.

  • Peringatan sebelum tamat tempoh parkir

Notifikasi dihantar 15 minit sebelum tempoh parkir tamat dan 3 hari sebelum tamat tempoh pas bulanan.

  • Rekod Transaksi Telus

Semak semula sejarah transaksi bayaran parkir dan kompaun dengan mudah.

  • Sokongan Alam Sekitar

Transaksi digital membantu mengurangkan penggunaan kertas dan menyokong inisiatif bandar hijau.

  • Permohonan Pas Khas (Reserved Parking)

Permohonan pas khas bagi petak parkir dengan mudah secara dalam talian tanpa perlu ke kaunter.

 

Muat Turun JomParking