MENU

Assalamualaikum w.b.t dan salam Sejahtera,

Dalam era globalisasi ini, peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) adalah sangat penting serta menjadi pemangkin kepada pembangunan dan inovasi sesebuah organisasi. Antara kepentingan yang paling utama adalah dapat menjadikan aktiviti pengurusan dan pentadbiran negara berjalan dengan lebih sistematik dan teratur. Hal ini dapat dilihat dari sudut pengurusan dokumen, permohonan, pemprosesan dan pelbagai aktiviti berkaitan yang menjadi lebih cepat, cekap dan sangat efisyen. Pemantapan ICT bukan sahaja dapat menjimatkan masa, bahkan turut menjimatkan tenaga serta perbelanjaan bagi pihak kerajaan serta rakyat itu sendiri.

Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) turut menyokong visi e-Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan perkhidmatan awam ke arah pencapaian kecemerlangan perkhidmatan melalui penggunaan teknologi multimedia dan ICT. MPJL turut menawarkan perkhidmatan dalam talian seperti PBTPAY, e-Aduan, serta OSC 3.0 Plus. Portal rasmi MPJL juga telah disediakan dengan konsep mesra pengguna bagi memudahkan masyarakat untuk memenuhi tuntutan semasa tanpa sebarang masalah.

Saya berharap indikasi kepada kesungguhan MPJL dalam memberikan perkhidmatan dalam talian yang terbaik ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan masyarakat. Sehubungan dengan itu, saya bersama seluruh warga kerja MPJL akan terus berganding bahu untuk melakukan penambahbaikan agar dapat mencapai kecemerlangan berterusan.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian mengunjungi dan memanfaatkan portal rasmi ini sebagai satu platform pencarian informasi dan perkhidmatan yang diperlukan. Setiap maklumbalas serta idea yang membina diharap dapat membantu warga MPJL untuk teguh berdiri memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh warga Jempol.

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"BERSIH. MUAFAKAT. SEJAHTERA."

Yang Dipertua 

Majlis Perbandaran Jempol