MENU

FUNGSI

 

Bagi maksud menjalankan urusan sejajar denagn kewajipan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, MPJL sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan berfungsi untuk melaksanakan tanggung jawab seperti berikut:

1. Kesihatan Umum dan Sanitasi

Merujuk kepada tanggung jawab di atas, pihak MPJL perlu memastikan faktor kebersihan persekitaran adalah sentiasa dalam keadaan yang terkawal terutamanya sistem sanitasi bagi mencegah penularan penyakit berjangkit ataupun wabak. Dalam konteks pada hari ini, fungsi di atas banyak telah diambil alih oleh pihak Indah Water Konsortium (IWK) dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi tahp kesihatan penduduk

2. Pengurusan dan Pembuangan Sampah

Fungsi iniperlu diberi keutamaan dalam mewujudkan suatu prsekitaran yang selsa dan indah. Dalam menjayakan fungsi ini, pihak majlis perlu memastikan sampah sarap serta sampah domestik dikutip mengikut jadual, longkang-longkang dibersihkan dan rumput dipotong serta pusat pelupusan sampah diselenggara dengan baik. Bagi mencapai maksud ini dengan lebih berkesan lagi sejajar dengan hasrat Kerajaan Malaysia, pihak MPJL telah menswastakan tanggungjawab ini kepada pihak Southern Waste Management (SWM) untuk melaksanakannya.

3. Perancangan Bandar dan Desa

Berdasarkan fungsi ini, pihak MPJL adalah bertanggungjawab untuk mengikuti setiap aspek perancangan seperti mana yang telah digariskan dalam Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dalam merancang sesuatu pembangunan kawasan. Pacangan tempatan ini disediakan dengan tujuan menterjemahkan aspirasi perancangan di peringkat negara iaitu Rancanagan Fizikal Negara (RFN). Selain itu ia juga memperhalus dasar-dasar strategic di peringkat negeri iaitu rancangan Struktur Negeri, Negeri Sembilan (RSN).

4. Perlindungan Alam Semulajadi

MPJL juga berfungsi untuk melindungi alam semulajadi dalam usaha untuk mengawal ekosistem alam. Setiap pembangunan yang hendak dilaksanakan perlu melepasi syarat atau piawaian yang telah ditetapkan sebelum kelulusan diberikan.

5. Kawalan Bangunan

Bagi melaksanakn fungsi ini, pihak MPJL mewajibkan setiap bangunan yang hendak didirikan mengemukakan pelan bangunan tersebut. Hal ini juga dimestikan bagi pemilik bangunan yang hendak membuat pengubahsuaian. Kawalan ini adalah perlu bagi memastikan terutamanya faktor keselamatan tidak diabaikan. Di bawah fungsi ini lagi, tujuan kegunaan bangunan tersebut juga dikawal.

6. Pembangunan Sosial dan Ekonomi

Di bawah fungsi ini, pihak MPJL perlu menyediakan prasarana dalam membangunkan aktiviti sosial dan ekonomi. Penyediaan dewan serbaguna, padang permainan, tempat riadah dan lain-lain kemudahan awam merupakan antara tanggungjawab MPJL untuk masyarakat setempat melaksanakan aktiviti sosial mereka. Sementara penyediaan pusat perniagaan yang dilengkapi dengan kemudahan asas merupakan fungsi penting MPJL dalam membangunkan sektor ekonomi setempat. Pengeluaran lesen perniagaan, penyediaan gerai, pasar dan lot-lot perniagaan merupakan antara fungsi majlis dalam pembangunan ekonomi.

7. Penyelenggaraan Infrastruktur Perbandaran

Menyelenggara jalan, longkang, lampu awam dan lain-lain kemudahan awam milik MPJL adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan hidup pembayar cukai dipelihara. Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan fungsi ini dengan jayanya seratus peratus, pihak majlis menghadapi beberapa kekangan terutamanya kekangan kewangan dan tenaga manusia.