PELAKSANAAN PARKIR PINTAR DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN JEMPOL
Sukacita dimaklumkan pihak Majlis Perbandaran Jempol akan melaksanakan parkir pintar melalui aplikasi JomParking yang akan berkuatkuasa pada 2 Mei 2025 (Jumaat) selaras dengan aspirasi menjadikan daerah Jempol ke arah bandar pintar tahun 2030. Penggunaan kupon dan pas bulanan fizikal masih dikekalkan sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Melalui inisiatif ini pengguna boleh mendapatkan kupon dan pas bulanan digital secara atas talian tanpa perlu membeli melalui ejen jualan kupon berdaftar atau Kaunter MPJL. Pengguna boleh membuat semakan dan menambah waktu tambahan parkir pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.