MENU

Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) Gotong Royong dan Melukis Mural Di Dataran Seri Jempol telah dirasmikan oleh Tn Amino Agos Bin Suyub, Yang Dipertua MPJL yang turut dihadiri oleh wakil dari Bahagian Kesejahteraan Komuniti, KPKT, Pejabat Daerah & Tanah Jempol Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol Pejabat Penerangan Daerah Jempol SWCorp Kuala Pilah/Jempol FELDA, SWM Enviroment, Wakil dari Sekolah, Pimpinan Komuniti Setempat, Pengusaha dan masyarakat setempat.

Tn YDP Majlis Perbandaran Jempol turut menyerahkan tong kitar semula kepada sekolah yang terpilih untuk menggalakkan kempen kitar semula diperingkat sekolah dan menyarankan agar komuniti setempat untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran rumah kediaman dan taman.

Program yang dianjurkan ini merupakan kerjasama pihak KPKT dalam memupuk kerjasama dikalangan masyarakat dalam menjaga kebersihan dan meningkatkan integrasi sosial dalam kalangan komuniti bagi mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera.