OPERASI PENGUATKUASAAN TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN AM (SERAHAN WARAN F) MAJLIS PERBANDARAN JEMPOL
Majlis Perbandaran Jempol akan melaksanakan operasi penguatkuasaan bagi tunggakan Cukai Taksiran Am sepanjang Mei dan Jun 2025 di sekitar kawasan Jempol.
Operasi ini dijalankan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pembayar cukai tentang kepentingan melunaskan tunggakan Cukai Taksiran Am.
Semua pembayar cukai diingatkan supaya sentiasa memastikan bayaran Cukai Taksiran Am dijelaskan tepat pada masanya.
Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan sitaan dan perundangan terhadap premis pemilik.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Bahagian Penilaian & Pengurusan harta, Majlis Perbandaran Jempol.
#mpjempol #mpjl #operasicukai #cukaitaksiranam #waranf #mohbayarcukai




