KUNJUNGAN HORMAT & MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM MPJL 2025
Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Safe Aim Mutual Sdn Bhd pada hari ini dalam usaha membina jaringan kerjasama strategik bagi memperkukuh inisiatif pembangunan komuniti dan program-program sosial di daerah Jempol.
Dalam masa yang sama, Mesyuarat Penyelarasan Program Bersama Agensi dan Kelab turut diadakan melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, kelab permotoran, persatuan belia serta rakan strategik MPJL.
Mesyuarat ini bertujuan menyelaras pelaksanaan beberapa program utama anjuran MPJL bagi tahun 2025 yang dijangka menarik penyertaan komuniti secara menyeluruh.
Senarai Program Utama MPJL 2025:
1. Lukisan Kasih Gotong-Royong Ceria di Jalan Raja Muda, Bahau
Tarikh: 17 Julai 2025
Masa: 8.00 pagi – 12.00 Tengahari
Lokasi: SMJK Chi Wen, Jalan Raja Muda, Bahau
2. Kejohanan Petronas Malaysian Cub Prix 2025 (Pusingan ke-8)
Tarikh: 27 & 28 September 2025
Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
Lokasi: Dataran Seri Jempol, Bandar Seri Jempol
3. Kejohanan Mini Cub Prix 2025 (Pusingan ke-2)
Tarikh: 5 Oktober 2025
Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
Lokasi: (Akan dimaklumkan)
4. Motocross Jempol Championship 2025
Tarikh: 1 & 2 November 2025
Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
Lokasi: Litar Motocross Air Hitam, BSJ
MPJL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen semua pihak dan mengharapkan sokongan dari semua untuk menjayakan program yang direncanakan. Ayuh Jempol!!






