MENU

CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN AM TAHUN 2025 MPJL - JOM BAYAR & MENANG
KINI KEMBALI LAGI UNTUK PEMILIK HARTA DI DALAM DAERAH JEMPOL!

Bagi Penggal Kedua Tahun 2025, Majlis Perbandaran Jempol menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa Baucar Pasaraya Lotus's untuk dimenangi oleh pemilik yang bertuah.

Cabutan bertuah ini layak bagi pemilik harta yang menjelaskan Cukai Taksiran Am Jul-Dis 2025 berserta tunggakan (jika ada) bermula 1 Julai sehingga 31 Ogos 2025.

Pembayaran boleh dibuat secara tunai & kad debit/kredit di kaunter MPJL, JomPay, N9Pay, PBTPay dan juga perkhidmatan perbankan internet. Ini merupakan langkah untuk menggalakkan pemilik harta membuat pembayaran mengikut tempoh ditetapkan dan berpeluang menyertai cabutan bertuah.

Tertakluk kepada terma & syarat.