11-12 Ogos 2018 : Pada 11 dan 12 Ogos 2018 pihak Majlis Perbandaran Jempol telah menjalankan operasi penebangan pokok mati dan berisiko kepada pengguna di Taman Desa Puteri, Taman Meranti dan Taman Desa Penarikan. Semua aduan yang diterima akan di selesaikan dalam masa segera bergantung kepada tarikh aduan diterima dan aduan akan di selesaikan secara berperingkat demi keselesaan semua. Turut dijalankan kerja-kerja membuka kerangka papan tanda yang telah uzur bagi keselamatan pengguna jalan raya.





