MAJLIS PERASMIAN DATARAN BATU KIKIR DAN PROGRAM RAKAN MUDA WAYANG @ SKRIN BESAR
Batu Kikir, 16 November 2024 - Telah berlangsung majlis perasmian Dataran Batu Kikir yang telah di sempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Teo Kok Seong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam merangkap ADUN Bahau. Turut berlangsung tayangan filem Boboiboy The Movie 2 sempena program Rakan Muda Wayang@Skrin Besar. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang hadir bersama ahli keluarga bagi menyaksikan tayangan dan majlis perasmian Dataran Batu Kikir.







