Gotong royong pembersihan sampah haram di Kampung Indah, Bahau dengan kerjasama Pejabat ADUN Bahau, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, SWCorp Negeri Sembilan, SWM Environment Sdn. Bhd dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung. Isu sampah haram dikawasan Kampung Indah kerap kali berulang lantaran sikap segelintir masyarakat yang mengambil jalan mudah bagi melupuskan sampah domestik. Pihak SWCorp Kuala Pilah/Jempol akan menjalankan pemantauan secara lebih kerap dan telah bekerjasama dengan penduduk setempat bagi menangkap gambar pelaku yang membuang sampah di kawasan tersebut. Kompaun akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah. Orang ramai turut boleh melaporkan sebarang aktiviti pembuangan sampah haram ke pihak SWCorp bagi tindakan lanjut.







