Sekitar lawatan Dato’ Dr Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan ke Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Sembilan .
Beliau meluangkan masa hadir ke reruai Kementerian Kesihatan Malaysia, perkhidmatan Kementerian, Agensi dan Kerajaan Negeri, kaunter perkhidmatan bergerak, reruai Citarasa Keluarga Malaysia, trak makanan (food truck) dan reruai Jualan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Turut serta Pegawai Daerah, Pejabat Daerah & Tanah Jempol dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol
Sementara itu, JAKM Negeri Sembilan berlangsung dari 7 hingga 9 Oktober 2022 di Dataran Seri Jempol, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan mulai pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam.







