MENU
Image resize threshold of 10 remote images has been reached. Please use fewer remote images.

Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Daerah Jempol yang diadakan di Sungai Serting, Pekan Mahsan anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Antara aktiviti yang dijalankan diantaranya gotong royong sekitar kawasan sungai, penanaman pokok, pelepasan benih anak ikan lampam serta beberapa aktiviti selingan yang lain. Orang ramai diseru agar sentiasa menjaga kebersihan sungai yang merupakan sumber utama air di negara kita. Majlis dirasmikan oleh YB Tuan Teo Kok Seong dan dihadiri oleh Pegawai Daerah Jempol, Ketua Polis Daerah Jempol, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya, Penyelaras Dun Serting serta masyarakat setempat. Tahniah diucapkan.

#BersihMuafakatSejahtera

#JempolMajuIndahdanBeradat

#kitajagakita