Gotong royong bagi membersihkan rumah terbengkalai di Taman Sri Belian. YM Raja Norazli Bin Raja Nordin turun padang bersama Ahli Majlis MPJL bagi menjayakan gotong royong yang turut dibantu oleh pihak SWCorp dan SWM Environment. Aduan yang disuarakan oleh Persatuan Penduduk Taman Serting Jaya kepada Ahli Majlis telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa MPJL telah bersetuju bagi mengadakan kerja-kerja pembersihan bagi mengelakkan binatang berbisa berkeliaran di sekitar rumah penduduk. Terima kasih atas kerjasama dari semua pihak.






