Kempen Membasmi Tikus 2023 @ Majlis Perbandaran Jempol yang diadakan di Pasar Besar Bahau. Para peniaga dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan menghapuskan tempat pembiakan tikus bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih bersih dan bebas dari sebarang penyakit bawaan tikus. Dikesempatan ini juga, MPJL menyeru kepada semua peniaga dan masyarakat dalam Daerah Jempol untuk bersama-sama mengibarkan jalur gemilang bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-66.